TUTORIAL

NOMBOR SERVER

Bagi pelanggan kami yang ingin menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk menjalankan transaksi atau urusniaga, mereka boleh memilih salahsatu daripada Nombor Telefon Pelayan (Gateway Server) yang disediakan oleh pihak Teliport Mobile.

Nombor Telefon Pelayan ini hanya digunakan untuk menjalankan transaksi atau urusniaga melalui SMS sahaja. Sebarang panggilan yang dibuat kepada nombor-nombor tersebut tidak akan dilayan samasekali.

NOMBOR AKAUN

Semua pembayaran pendaftaran atau deposit modal hendaklah dilakukan melalui akaun Teliport Mobile yang disediakan SAHAJA. Kami menggalakkan agar para ejen kami menyimpan resit atau slip yang diterima pada setiap kali urusan deposit selesai untuk tujuan pengesahan.

Untuk makluman para ejen, pihak Teliport Mobile tidak pernah melantik mana-mana individu atau kumpulan untuk menjadi wakil pembayaran bagi pihak kami. Kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kesilapan pembayaran pendaftaran atau deposit modal kepada akaun lain yang selain daripada akaun yang telah ditetapkan oleh Teliport Mobile.

PENDAFTARAN

Setiap individu yang ingin menggunakan sistem tambah nilai yang disediakan oleh pihak kami ini, mereka perlu mendaftar untuk menjadi ejen Teliport Mobile terlebih dahulu. Sila rujuk kepada Wakil Jualan atau ejen Teliport Mobile untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk mendaftar.

Perlu diketahui bahawa bayaran pendaftaran untuk menjadi ejen kami adalah BUKAN modal perniagaan awal. Ejen Teliport Mobile perlu mendepositkan sejumlah wang yang lain untuk memulakan transaksi menggunakan sistem ini. Setelah membuat pembayaran pendaftaran melalui akaun bank Syarikat, pelanggan hendaklah menghantarkan arahan (command) kepada sistem pelayan (server system) kami untuk diproses. Arahan tersebut hendaklah dihantar melalui SMS kepada salahsatu nombor pelayan (server) yang disediakan.

FORMAT TAMBAH NILAI

Setelah mendepositkan sejumlah wang untuk dijadikan modal niaga, anda kini boleh terus menjalankan transaksi tambah nilai atau pembayaran bil melalui telefon pintar anda. Berpandukan kepada senarai produk yang disediakan, masing-masing mempunyai kod yang unik dan tersendiri. Kod ini diperlukan untuk menjalankan transaksi tambah nilai. Semua arahan transaksi yang dihantar ke pelayan untuk diproses HANYA akan menerima kod tertentu dan yang telah ditetapkan sahaja. Sekiranya arahan yang dihantar mempunyai kesalahan atau tidak lengkap, maka pelayan tidak dapat memproses transaksi tersebut.

Oleh itu, pelanggan kami dinasihatkan agar sentiasa menyemak kembali format transaksi dengan teliti sebelum dihantar kepada pelayan untuk mengelakkan sebarang ralat atau masalah. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang dialami oleh pelanggan disebabkan oleh kecuaian pelanggan itu sendiri.

LANGKAH PENCEGAHAN & TANGGUNGJAWAB

SILA BERHATI-HATI DENGAN SEBARANG MESEJ PESANAN RINGKAS (SMS) ATAU PERKHIDMATAN MESEJ SEGERA/INSTANT MESSAGING (IM) SEPERTI WHATSAPP ATAU TELEGRAM YANG MERAGUKAN.

PIHAK SYARIKAT (TELIPORT MOBILE) TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA PIHAK ATAU WAKIL UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG KOD PENGESAHAN APLIKASI WHATSAPP ATAU TELEGRAM DARIPADA MANA-MANA EJEN BERDAFTAR KAMI.

JIKA ANDA MENERIMA SEBARANG MESEJ YANG MENGARAHKAN ANDA UNTUK MENGHANTAR SEBARANG KOD PENGESAHAN KEPADA PELAYAN (SERVER) KAMI, SILA MAKLUMKAN PERKARA TERSEBUT KEPADA PIHAK SYARIKAT DI TALIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN (CARELINE) KAMI DENGAN KADAR YANG SEGERA.

PIHAK SYARIKAT TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA INDIVIDU ATAU KUMPULAN YANG TERLIBAT DI DALAM KES PENIPUAN (SCAM) SEPERTI INI.

1st RETAIL

RM30

RETAIL

RM150

GOLD DEALER

RM300

2nd RETAIL

RM50

DEALER

RM200

KING DEALER II

RM350

3rd RETAIL

RM100

MASTER

RM250

KING DEALER

RM400

Tutup Menu