TERMA & SYARAT PENGGUNAAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat penggunaan laman web Teliport Mobile, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di dalam laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda dan merupakan satu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses menerusi laman web sebelumnya. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat semasa yang dinyatakan ini.

PEMBAYARAN DALAM TALIAN

Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian di laman web ini anda secara langsung menerima terma ini. Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukakan ini, anda adalah dinasihatkan agar tidak menggunakan kemudahan ini. Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Teliport Mobile tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang salah atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh pembekal kad kredit/debit anda bagi apa-apa sebab.
  • Jika pembekal kad kredit/debit menolak pembayaran anda, Teliport Mobile tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan bank/kad kredit/debit pembekal anda jika ada pembayaran yang telah ditolak dari akaun anda.
  • Teliport Mobile, dalam apa jua keadaan sekalipun akan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kerugian yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan laman web ini, mana-mana laman web yang dikaitkan dengan laman web ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat di mana-mana atau semua laman-laman tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada atau tidak dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.
  • Bayaran anda akan diterima oleh akaun agensi yang anda membuat pembayaran pada hari yang sama.

PENGESAHAN PEMBAYARAN

Anda akan menerima pengesahan bayaran anda pada skrin anda selepas anda membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah selesai untuk rekod anda sendiri.

DASAR BAYARAN BALIK

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan dalam akaun anda dan merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila hubungi agensi berkenaan dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.

KESELAMATAN

Semua butir-butir pembayaran yang dimasukkan melalui gerbang pembayaran ini adalah disulitkan (encrypted) apabila anda, atau pengguna pihak ketiga membuat pembayaran. Komunikasi dari tapak dan juga ke pembekal perkhidmatan adalah disulitkan.

Teliport Mobile tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh pengguna dalam talian atau pihak ketiga dalam membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin mereka daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian atau berkenaan dengan apa-apa peninggalan maklumat yang tepat dalam masa proses pembayaran dalam talian.

HAD TANGGUNGJAWAB

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Teliport Mobile tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; dan
  • apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

Teliport Mobile boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.

Teliport Mobile juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

PERUBAHAN KEPADA SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

Teliport Mobile berhak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web ini atau dalam keadaan di luar kawalan, di laman web ini mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda.

Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan anda mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini, anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

PENGUBAHSUAIAN KEPADA PERKHIDMATAN

Kami mengakui kepentingan keselamatan untuk semua maklumat peribadi yang dikaitkan dengan pelanggan kami dan kami mengambil langkah-langkah munasabah yang konsisten dengan amalan industri bagi melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan kami. Walaubagaimanapun, penghantaran data melalui internet tidak boleh dijamin selamat 100%. Hasilnya, walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami. Untuk melindungi maklumat yang disimpan di dalam sistem, kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan, termasuk teknologi penyulitan data dan pengalis virus.

CARA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA

Teliport Mobile berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda juga adalah dengan ini bersetuju bahawa Teliport Mobile tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

UMUM

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Jika mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.

Tutup Menu