TENTANG KAMI

270286

PELUANG UNTUK BERJAYA

Sejak di awal penubuhannya, Teliport Mobile telah menjadi antara syarikat terawal yang memelopori perkhidmatan Tambah Nilai secara automatik. Berbekalkan pengalaman yang hampir sedekad di dalam bidang ini, kami komited untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh penggunanya

Kami bermula dengan menyediakan perkhidmatan tambah nilai secara automatik khusus untuk pengguna produk telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan Digi. Dengan melihat perkembangan dan sokongan yang baik dari para ejen, kami menerokai pelbagai perkhidmatan pembayaran secara automatik ini kepada pembayaran bil-bil utiliti seperti elektrik dan air.

Sejak itu, rangkaian kami mula berkembang dengan pesat dengan perkhidmatan yang memudahkan pengguna yang tidak mampu untuk keluar ke bandar untuk membayar bil pelbagai dan keperluan telekomunikasi yang menjadi bahan keperluan yang penting pada masa kini.

Tutup Menu