SYARAT PERKHIDMATAN

Selamat datang ke Teliport Mobile!

Terima kasih kerana mengguna produk dan perkhidmatan kami (“Perkhidmatan”). Perkhidmatan yang diberikan oleh Teliport Mobile (“Teliport”), yang beroperasi di Lot 1629, Bulatan Tok Adam, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda adalah dengan ini bersetuju untuk menerima syarat-syarat ini. Sila membacanya dengan berhati-hati.

PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KAMI

Anda hendaklah mematuhi mana-mana polisi yang disediakan kepada anda dalam Perkhidmatan.

Jangan menyalahgunakan Perkhidmatan kami. Contohnya, jangan mengganggu Perkhidmatan kami atau cuba mengaksesnya mengguna cara selain daripada antara muka dan arahan yang kami sediakan. Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami boleh menggantung atau menghentikan Perkhidmatan kami kepada anda jika anda tidak mematuhi syarat atau polisi kami atau jika kami menyiasat salah laku yang disyaki.

Penggunaan Perkhidmatan kami tidak akan memberi anda pemilikan kepada mana-mana hak harta intelek dalam Perkhidmatan atau kandungan yang anda akses. Anda tidak boleh mengguna kandungan daripada Perkhidmatan kami melainkan jika anda mendapat kebenaran daripada pemiliknya atau jika dibenarkan oleh undang-undang. Syarat ini tidak memberi anda hak untuk mengguna sebarang penjenamaan atau logo yang digunakan dalam Perkhidmatan kami. Jangan
memindah keluar, melindungi atau mengubah sebarang notis undang-undang yang dipaparkan dalam atau bersama dengan Perkhidmatan kami.

Berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, kami mungkin menghantar kepada anda pengumuman, mesej pentadbiran dan  beberapa maklumat perkhidmatan yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak mengikuti serta menerima beberapa komunikasi tersebut.

Sesetengah Perkhidmatan kami boleh didapati pada peranti mudah alih. Jangan gunakan Perkhidmatan tersebut dalam cara yang mengalihkan perhatian anda dan mengelakkan anda daripada mematuhi undang-undang trafik atau undang-undang keselamatan.

PERLINDUNGAN PRIVASI & HAKCIPTA

Dasar Privasi Teliport Mobile menerangkan bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda dan melindungi privasi anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan mengguna Perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa Teliport Mobile boleh menggunakan data yang berkaitan seperti itu menurut Dasar Privasi kami.

MENGENAI PERISIAN DI DALAM PERKHIDMATAN KAMI

Apabila suatu Perkhidmatan memerlukan atau termasuk perisian yang boleh dimuat turun, perisian ini boleh mengemas kini secara automatik pada peranti anda setelah versi atau ciri baru disediakan. Beberapa Perkhidmatan mungkin membenarkan anda menyelaraskan tetapan kemas kini automatik anda.

Teliport Mobile memberikan anda lesen peribadi, seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh diserahhakkan dan tidak eksklusif untuk mengguna perisian yang disediakan kepada anda oleh Teliport Mobile sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan tersebut. Lesen ini adalah semata-mata bagi tujuan untuk membolehkan anda mengguna dan menikmati manfaat Perkhidmatan seperti yang disediakan oleh Teliport Mobile, dalam cara yang dibenarkan oleh syarat ini. Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, mengedar, menjual atau menyewa mana-mana bahagian Perkhidmatan kami atau perisian yang disertakan dan anda tidak boleh mengatur songsang atau mencuba untuk mengeluarkan kod sumber perisian tersebut, kecuali undang-undang melarang pengehadan tersebut atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripada kami.

Perisian sumber terbuka adalah penting bagi kami. Sebahagian perisian yang digunakan dalam Perkhidmatan kami mungkin ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka yang akan kami sediakan untuk anda. Mungkin terdapat peruntukan dalam lesen sumber terbuka yang dengan jelas mengatasi beberapa syarat ini.

PENGUBAHSUAIAN & PENAMATAN PERKHIDMATAN KAMI

Kami sentiasa mengubah dan meningkatkan taraf Perkhidmatan kami. Kami mungkin menambah atau memindah keluar kefungsian atau ciri dan kami mungkin menggantung atau menghentikan sama sekali suatu Perkhidmatan.

Anda boleh berhenti mengguna Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Teliport Mobile juga boleh berhenti menyediakan Perkhidmatan kepada anda atau menambah atau mencipta had baru kepada Perkhidmatan kami pada bila-bila masa.

Kami percaya bahawa anda memiliki data anda sendiri dan pemeliharaan akses anda kepada data itu adalah penting. Jika kami menamatkan suatu Perkhidmatan, di mana kami boleh apabila difikirkan perlu, kami akan memberi anda notis terlebih dahulu dalam tempoh yang munasabah dan peluang untuk mengeluarkan maklumat daripada Perkhidmatan tersebut.

WARANTI & PENOLAKAN KAMI

Kami menyediakan Perkhidmatan kami menggunakan tahap kemahiran dan perhatian yang berpatutan secara komersial dan kami harap anda gembira menggunakannya. Tetapi terdapat perkara tertentu yang kami tidak janjikan mengenai Perkhidmatan kami.

Selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam syarat ini atau syarat tambahan, baik Teliport Mobile mahupun pembekal atau pengedarnya tidak membuat sebarang janji tertentu mengenai Perkhidmatan. Contohnya, kami tidak membuat sebarang komitmen mengenai kandungan dalam perkhidmatan, fungsi tertentu perkhidmatan atau kebolehpercayaannya, ketersediaannya atau keupayaannya untuk memenuhi keperluan anda. Kami menyediakan Perkhidmatan “sebagaimana ada”.

Beberapa bidang kuasa menyediakan waranti tertentu, seperti waranti tersirat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan tiada pelanggaran. Sehingga tahap yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mengecualikan semua waranti.

LIABILITI UNTUK PERKHIDMATAN KAMI

Apabila dibenarkan oleh undang-undang, Teliport Mobile dan pembekal serta pengedar kami, tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan keuntungan, pendapatan atau data, kerugian kewangan atau ganti rugi tidak langsung, khas, lanjutan, teladan atau punitif.

Sehingga tahap yang dibenarkan oleh undang-undang, jumlah liabiliti Teliport Mobile dan pembekal dan pengedarnya, untuk sebarang tuntutan di bawah syarat ini, termasuk sebarang waranti tersirat, dihadkan kepada jumlah yang anda bayar kepada kami untuk menggunakan Perkhidmatan (atau jika kami memilih, untuk membekal Perkhidmatan kepada anda lagi).

Dalam semua kes, Teliport Mobile, pembekal dan pengedarnya, tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang tidak boleh dijangkakan secara munasabah.

MENGENAI SYARAT-SYARAT INI

Kami mungkin mengubah suai mana-mana bahagian yang terdapat di dalam syarat-syarat ini atau menambah mana-mana syarat yang berkaitan dengan Perkhidmatan, contohnya, untuk menggambarkan perubahan undang-undang atau perubahan dalam Perkhidmatan kami. Anda harus menyemak syarat-syarat ini secara tetap. Kami akan menyiarkan notis pengubahsuaian untuk syarat ini pada halaman ini. Kami akan menyiarkan notis syarat tambahan yang diubah suai dalam Perkhidmatan yang berkaitan. Perubahan akan berkuatkuasa serta-merta selepas ianya disiarkan. Walaubagaimanapun, perubahan yang mengutarakan fungsi baru bagi Perkhidmatan atau perubahan yang dibuat untuk tujuan undang-undang akan berkuatkuasa dengan serta-merta. Jika anda tidak bersetuju menerima syarat yang diubah suai untuk Perkhidmatan, anda harus berhenti mengguna Perkhidmatan tersebut.

Jika terdapat percanggahan antara syarat-syarat ini dan syarat-syarat tambahan, syarat-syarat tambahan akan berkuatkuasa untuk setiap percanggahan tersebut.

Syarat-syarat ini menjaga perhubungan di antara Teliport Mobile dan anda. Ia tidak mencipta sebarang hak benefisiari pihak ketiga.

Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat ini dan kami tidak mengambil tindakan dengan serta-merta, ini tidak bermakna yang kami sedang menyerahkan mana-mana hak yang kami miliki (seperti mengambil tindakan pada masa hadapan).

Jika didapati syarat-syarat tertentu tidak boleh dikuatkuasakan, ini tidak akan menjejaskan mana-mana syarat-syarat yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menghubungi Teliport Mobile, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami.

Dasar Privasi ini telah disemak semula dan disiarkan di https://teliport.net/ pada 01 APRIL 2018. Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, menyemak dasar privasi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, dan semua semakan tersebut akan berkuatkuasa serta-merta apabila disiarkan. Jadi, sila pastikan anda menyemak semula dasar kami ini dari masa ke masa. Perubahan Dasar Privasi akan terpakai kepada maklumat yang dikumpul dari tarikh kami menyiarkan Dasar Privasi yang disemak semula, di samping maklumat sedia ada yang disimpan oleh kami. Penggunaan laman web ini selepas perubahan tersebut disiarkan, atau seperti yang dinyatakan di dalam e-mel kami kepada anda mengenai perkara ini, akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut.

Tutup Menu