SOALAN LAZIM

Kami tahu bahawa terdapat banyak perkara yang membuatkan anda rasa ingin tahu tentang syarikat kami. Berikut adalah di antara soalan yang seringkali ditanya kepada kami berserta dengan jawapannya.

Sistem Pelayan (Server System) yang menjalankan perkhidmatan jualan Tambah Nilai (reload) ini beroperasi secara automatik apabila berlaku transaksi yang berbentuk arahan (command) yang dihantar ke pelayan (server) oleh ejen yang berdaftar. Seterusnya ia akan diproses dan diagihkan kepada pengguna akhir (end-user), bertepatan dengan arahan yang diberikan.

TIDAK BOLEH. Sistem ini hanya boleh digunakan setelah anda mendaftar sebagai ejen, dan setelah pendaftaran anda diverifikasi oleh pihak Syarikat. Seterusnya, anda perlu mendepositkan sejumlah wang (modal) untuk melayakkan anda untuk melakukan jualan.

Anda perlu mendepositkan sejumlah wang pendaftaran mengikut pakej yang dikehendaki ke akaun Syarikat. Sila rujuk laman “Tutorial” untuk maklumat yang lebih terperinci, atau berhubung terus dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami di talian +60104160606 .

Setelah mengikuti langkah-langkah yang diberikan, setiap pendaftaran yang baru akan mengambil masa 1 (SATU) jam, setelah proses verifikasi oleh pihak Syarikat. Anda akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) samada pendaftaran anda berjaya atau sebaliknya.

TIDAK BOLEH. Anda hanya boleh menggunakan nombor telefon yang telah didaftarkan sahaja untuk menjalankan transaksi. Sekiranya nombor telefon tidak lagi aktif, anda perlu mengemaskini data akaun anda untuk mendapatkan kembali baki yang terdapat di dalam akaun anda (sekiranya ada), dengan menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami. Di atas faktor keselamatan, kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan penukaran nombor telefon secara automatik. Proses ini hendaklah dilakukan secara manual untuk mengelakkan sebarang penipuan (scam).

TIDAK PERLU. Anda hanya memerlukan satu nombor telefon yang berdaftar sahaja untuk menjual semua produk yang ditawarkan oleh Syarikat.

Profit atau keuntungan daripada hasil jualan anda adalah mengikut peratusan produk yang ditawarkan secara runcit. Sila rujuk laman “Peringkat Jualan & Profit Keuntungan”. Tidak perlu. Pihak Syarikat tidak meletakkan sebarang penyelarasan jualan kepada ahlinya setiap bulan.

Kadar biasa syarikat telekom akan dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar kepada Sistem Pelayan (Server System) kami. Pihak Syarikat pula akan mengenakan caj sebanyak 5 (LIMA) sen ke atas setiap SMS jawapan (reply) daripada Sistem Pelayan kepada ejen kami yang berdaftar. Anda digalakkan untuk menggunakan aplikasi ‘Telegram’ atau ‘Google Hangouts’ untuk menjalankan transaksi sebagai alternatif transaksi PERCUMA!

YA. Deposit, profit keuntungan dan komisyen anda akan luput sekiranya tiada sebarang transaksi yang dijalankan dalam tempoh 18 (LAPAN BELAS) bulan daripada tarikh terakhir transaksi dijalankan. Selepas 12 (DUABELAS) bulan pertama, pihak Syarikat akan memaklumkan perkara ini kepada ejen berdaftar kami melalui sistem pesanan ringkas (SMS), bahawa akaun ahli milik anda akan dibekukan sekiranya tiada rekod transaksi yang dijalankan selama tempoh tersebut. Setelah itu, anda diberikan tempoh bertenang (grace period) selama 6 (ENAM) bulan daripada tarikh akaun anda dibekukan. Selama berada di dalam tempoh ini, anda tidak boleh melakukan apa-apa transaksi menggunakan akaun ahli milik anda. Namun, anda berhak menuntut sebarang deposit, profit keuntungan dan komisyen (sekiranya ada) selama masih berada di dalam tempoh bertenang tersebut. Sebaik sahaja tamat tempoh bertenang ini, semua deposit, profit keuntungan dan komisyen anda akan luput. Sebarang tuntutan deposit, profit keuntungan dan komisyen selepas daripada tempoh bertenang (grace period) tersebut tidak akan dilayan samasekali. Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Tutup Menu