PENGUMUMAN RASMI

MAKLUMAN TARIKH AKHIR TRANSAKSI DEPOSIT MODAL SEBELUM SAMBUTAN
HARI RAYA AIDILFITRI 2018
(SYAWAL 1439)

Para pelanggan yang dihormati,

Bagi memastikan kelancaran transaksi tambah nilai pada Hari Raya Aidilfitri 2018 (1439) yang bakal menjelang tidak lama lagi, dengan ini adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi semua transaksi yang berkaitan dengan DEPOSIT MODAL adalah pada 14hb JUN 2018 (KHAMIS), jam 06.00pm. Sebarang transaksi deposit modal yang dibuat selepas daripada tarikh dan masa yang dimaklumkan di atas akan diproses semula pada 18hb JUN 2018 (ISNIN), jam 09.00am - 6.30pm.

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi pada hari yang dinyatakan tersebut, Pihak Pengurusan Operasi menggalakkan agar segala urusan deposit modal dapat dilakukan dengan lebih awal.

Sehubungan dengan itu, kami Pihak Pengurusan Teliport Mobile ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, kepada semua pelanggan kami.

MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Dengan ingatan tulus ikhlas,
TELIPORT MOBILE

TARIKH AKHIR TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA KHAS SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 1439H

Pelanggan yang dihormati,

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H, Pelanggan yang ingin membeli Sampul Duit Raya Khas (Upin & Ipin) adalah dinasihatkan supaya membuat tempahan sebelum atau pada 8hb Jun 2018, agar kami dapat membuat penghantaran kepada penerima sebelum 1 Syawal, yang dijangka jatuh pada 15hb Jun 2018.

Untuk makluman, tempahan Sampul Duit Raya Khas yang diterima selepas 8hb Jun 2018 hanya akan diproses mulai 18hb Jun 2018. Walaubagaimanapun, Teliport Mobile tetap menerima tempahan Sampul Duit Raya Khas tersebut selagi stok masih ada.

Sekian, terima kasih.

SAMPUL DUIT RAYA

EDISI KHAS 2018

DI ATAS PERMINTAAN RAMAI, KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA SAMPUL DUIT RAYA EDISI KHAS!
(UPIN & IPIN)

SRU20 (50pcs) RM20.00
SRU30 (100pcs) RM30.00
SRU40 (200pcs) RM40.00
SRU50 (320pcs) RM50.00

PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA!!!
(termasuk SABAH & SARAWAK)

KAMI HANTAR SEBELUM RAYA! Tempah sekarang dengan menaip format arahan seperti berikut:

[NO.HP].[KOD PRODUK & NILAI] [NAMA]
[ALAMAT POS]

contoh:
0137326495.SRU50 ISMAIL RAMLI
41, JALAN LAYAR 13, TAMAN RAYA,
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

dan hantar ke server!
*SEMENTARA STOK MASIH ADA

Tutup Menu