PENAFIAN

Sila berhati-hati dengan sebarang mesej pesanan ringkas (SMS) atau perkhidmatan mesej segera/instant messaging (IM) seperti WhatsApp atau Telegram yang meragukan.

Pihak Syarikat (Teliport Mobile) tidak pernah melantik mana-mana pihak atau wakil untuk mendapatkan sebarang kod pengesahan aplikasi WhatsApp atau Telegram daripada ejen berdaftar kami.

Jika anda menerima sebarang mesej yang mengarahkan anda untuk menghantar sebarang kod pengesahan kepada pelayan (server) kami, sila maklumkan perkara tersebut kepada pihak syarikat di Talian Perkhidmatan Pelanggan (Careline) kami dengan kadar yang segera.

Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang dialami oleh para ejen kami sekiranya tiada kerjasama yang diberikan untuk membanteras aktiviti penipuan ini.

Teliport Mobile tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu atau kumpulan yang terlibat di dalam kes penipuan (scam) seperti ini.

Tutup Menu