Contact


SOALAN LAZIM

Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan topup reload ini. Anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini.

1. Bagaimana sistem agen topup ini berfungsi ?

Ianya beroperasi 24 jam secara sistem e-load iaitu dengan menghubungkan Handphone anda ke server reload kami. Sebagai contoh, ketika anda beli topup di kedai, anda perlu tulis nombor handphone anda di buku log untuk membolehkan penjual topup memasukkan topup ke handphone anda. Kini anda boleh melakukannya hanya menggunakan handphone anda.

2. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai agen topup ?

Boleh daftar melalui agen kami atau boleh rujuk admin website.

3. Bagaimana cara pengiraan profit dilakukan dan bagaimana agen akan mendapat profit tersebut?

Setiap kali anda cek baki, server akan reply status Baki & Komisen ke telefom bimbit anda. Jika anda Jual/Guna topup contoh RM10, maka server akan potong hanya RM9.55 dari Baki Akaun anda dan keuntungan RM0.45 akan kekal berada di dalam akaun topup anda di server. Komisen pula diperolehi dari penjualan/penggunaan topup oleh downline yang telah dilantik. Komisen ini boleh ditukar kepada nilai Baki dan boleh di tunaikan dengan cara jualan topup atau dipindahkan kepada agen downline anda. Jika topup dijual, anda mendapat Keuntungan Jual/Guna , jika lantik Agen Downline , anda akan mendapat kedua-dua keuntungan. Rujuk keuntungan ke-3 dan ke-4 di ruangan HOME. Ramai Dealer yang telahpun mencapai tahap mendapat topup percuma dan income sehingga RM900 setiap minggu disebabkan mereka mempraktikkan kesemua ruang keuntungan sebagai Dealer Topup.

4. Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?

Ya. Anda perlu menggunakan No. HP yang anda daftarkan sebagai agen topup sahaja untuk menjual topup dan menambah modal.

5. .Berapa lama Akaun agen baru akan aktif setelah melakukan deposit?

Akaun baru akan aktif dalam masa 1 jam sahaja. Anda akan menerima sms pengesahan dari server.

6. Saya telah menyertai agen topup ini. Tetapi saya terlupa No ID saya. Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan semula no ID saya?

Dapatkan semula no ID anda dengan menaip ” BAKI ” dan hantar ke no server.

7. Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dan tidak mendapat modal tersebut.

Sila ikut format tambah modal dengan betul seperti di bahagian  cara tambah modal.

8. Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya?

Ya. Anda boleh menguruskan modal downline anda.

9. Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan Agen ?

Tidak. Anda boleh simpan hasil yuran pendaftaran downline anda. Syarikat akan caj rm9 setiap pendaftaran agen baru daripada modal anda.

10. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftarkan downline dan apakah format yang digunakan?

Sila lihat bahagian Cara Daftar Agen bagi mendaftarkan downline.

11. Adakah agen yang berdaftar boleh menentukan yuran pendaftaran downline?

Ya. Anda boleh menentukan yuran downline anda sendiri.

12. Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?

Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang ditawarkan kepada anda (produk yang ditawarkan melalui laman web ini).

13. Kenapa pelanggan saya tidak mendapat reload digi sedangkan transaksi mengatakan ianya sudah berjaya?

Jika anda menggunakan topup pin (DP), anda perlu memberikan sendiri no pin tersebut kepada pelanggan anda.

14. Adakah saya perlu maintain jualan secara bulanan atau tahunan ?

Tidak.

15. Bagaimana cara nak tukar komisyen kepada deposit?

Taip TUKAR.ALL dan hantar ke no server     (boleh guna huruf besar atau kecil)

16. Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:

-Prepaid Handphone anda habis.

-Modal kredit Topup anda habis.

-Pin anda sedang diblock

-Pin anda salah.

-Kod produk salah.

-No. Tujuan tidak betul.

-Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.

-Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no server.

-Kesalahan dalam mengirimkan ke no server.

17. Apakah deposit modal kredit agen akan hangus dalam waktu tertentu?

Deposit modal kredit topup tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

18. Apakah agen dapat mendaftarkan agen baru?

Ya. Agen boleh mendaftarkan agen baru. Yuran pendaftaran agen yang tentukan. Caj server RM9.00 akan dikenakan kepada anda sewaktu menjalankan transaksi ini.

19. Berapa lama deposit modal kredit topup akan ditambahkan, jika sudah melakukan deposit modal?

Jika tidak ada gangguan internet banking, modal anda akan diproses dalam tempoh 4 jam waktu bekerja.

20. Berapa cas untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui sms ke no. Server?

1 sen ditolak dari kredit hp (sekiranya anda telah aktifkan 8pax(Celcom), Active5(Maxis),Friends and Family(DiGi))  dan 1 sen lagi dipotong dari modal topup anda. Cas sama dikenakan untuk setiap sms yang di hantar ke No. Server seperti cek Baki modal topup.

 

 

 

 


 

PENGENALAN

Nama Syarikat Yang Didaftarkan        :    TELIPORT

Alamat Terkini (Beroperasi)                  :    Lot 1629, Bulatan Tok Adam, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Nombor Pendaftaran Perniagaan        :    KT0310298-P

Diterajui oleh pengurusan yang berpengalaman dan berpengetahuan serta disokong dengan pasukan teknikal yang mahir kami mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik serta melaksanakan tugasan dan projek dengan sempurna. Perkhidmatan sokongan lepas jualan yang dekat dengan pelanggan, menjadikan kami sabagai pilihan utama bagi menjamin kelangsungan pelaburan pelanggan terhadap perkhidmatan ICT berbaloi dan memberi impak yang berkesan.
Perkhidmatan kami fokus kepada Pembangunan Perisisan & Aplikasi, Data Center Management, e-Perdagangan (e-Commerce), Pendaftaran URL(Domain Name) dan integrasi sistem seperti Smart Card, RFID, Biometric, CCTV dan sistem keselamatan pintar.

VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariat di dalam perniagaan.

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
  • Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
  • Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
  • Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi  masyarakat setempat melalui program insentif Keahlian.
PRODUK & PERKHIDMATAN

Web-based Content Management System Development

Prepaid / Eload Server and SMS Server Management

Multi Level Marketing (MLM) Management System Development

Community Portal Development

Website Hosting and Domain Name

Web-enabled Database System Development

ICT System Integration ICT Project Management & Outsourcing

ICT Hardware & Software Distributio


 

TERMA DAN SYARAT

 

  1. Setiap pendaftaran mengambil masa maksimum 24 jam untuk diaktifkan.
  2. Modal akan ditolak sebanyak RM10.00 di akaun modal agen bagi setiap pendaftaran agen baru di semua peringkat.
  3. Harga produk adalah tertakluk pada perubahan semasa.
  4. Syarikat berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang harga dan perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis.
  5. Saya setuju bahawa syarikat tidak akan bertanggungjawab jika saya mengalami kerugian samaada dalam perniagaan topup ataupun dengan syarikat.
  6. Anda hendaklah mendaftar menggunakan maklumat anda yang sebenar. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama akan disekat.
  7. Sebarang kes penipuan kami berhak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.
  8. Duit yuran yang dibayar oleh agen yang berjaya didaftarkan tidak akan dipulangkan sama sekali.
  9. Anda dengan sukarela menyertai perniagaan ini setelah memahami dan menimbang secara matang.
  10. Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. Kami tidak bertanggungjawab ke atas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang anda hantar.
  11. Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Keahlian anda akan disekat sekiranya anda bertindak demikian dan wang anda tidak akan dikembalikan.
  12. Syarikat tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid,memburuk atau memfitnah syarikat/agen-agen kami dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli.
  13. Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan perniagaan topup dari kami samaada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM.
  14. Kami berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda mahupun melaporkan pada pihak berkuasa sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis atau penjelasan yang munasabah.
  15. “Kami” diatas merujuk kepada pihak teliport “saya” di atas mewakili pihak pelanggan.
  16. Anda dikira bersetuju dengan segala terma dan syarat di atas sekiranya anda mula berurusan dengan pihak kami.

 

NOTIS:

ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TELAH MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA DAN SYARAT YANG DINYATAKAN OLEH PIHAK TELIPORT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS INI.