Perkhidmatan

Ditubuhkan sejak dari tahun 2012, kami adalah penyedia Sistem Pelayan (Server System) yang menjalankan perkhidmatan jualan Tambah Nilai (reload) secara automatik. Sepanjang tahun, kami menumpukan usaha terbaik kami untuk menyediakan perkhidmatan Tambah Nilai dengan kadar ralat yang paling minima dan juga mengekalkan nilai-nilai profesionalisme yang optimum di dalam perkhidmatan kami.

Jenama Yang Dipercayai

Sejak di awal penubuhannya, Teliport Mobile telah menjadi antara syarikat terawal yang memelopori perkhidmatan Tambah Nilai secara automatik ini. Berbekalkan pengalaman yang hampir sedekad di dalam bidang ini, kami komited untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh penggunanya.

Komuniti Yang Berpengalaman

Kami berjaya membentuk sebuah komuniti pintar dan berpengalaman yang bertindak sebagai mentor kepada pengguna-pengguna baru. Mereka saling berinteraksi antara satu dengan yang lain sambil berkongsi kemahiran dan pendapat yang berkaitan dengan teknik pemasaran untuk menjalankan perniagaan ini.

Medium Transaksi Percuma

Kami menyediakan medium jualan secara PERCUMA (untuk dimuat-turun); iaitu dengan menggunakan aplikasi 'Telegram'. Walaubagaimanapun, kami masih lagi mengekalkan medium transaksi melalui SMS sebagai medium legasi untuk pengguna-pengguna yang kurang mahir untuk menggunakan aplikasi 'Telegram'.

Khidmat Pelanggan Yang Profesional

Silalah berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami yang mesra dan profesional. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Pembangunan Aplikasi

Perkembangan teknologi yang amat pesat membangun dewasa ini menjadi fenomena baru yang mengubah corak perniagaan secara keseluruhan. Kami mengambil peluang ini dengan menubuhkan kumpulan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) untuk memanfaatkannya untuk kepentingan pelanggan-pelanggan kami.

Jaminan Keselamatan Data

Kami sentiasa memastikan setiap data dan rekod transaksi yang dijalankan berada di dalam keadaan yang paling selamat. Oleh itu, kami menubuhkan sistem sekuriti yang ampuh dan berkesan bagi menghalang sebarang ancaman (threads) pencerobohan. Dan kami menjamin keselamatan data peribadi dan privasi anda.

Tentang Kami

Teliport Mobile (KT-0310298-P), sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2012 ini adalah diteraju oleh sekumpulan individu yang berpengalaman di dalam bidang pengurusan dan dibantu dengan pasukan teknikal yang mahir di dalam bidang teknologi telekomunikasi.

Dengan berbekalkan VISI untuk menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran yang unik, Teliport Mobile bertekad akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti pada kadar yang amat berpatutan dan menepati tuntutan syarak di dalam perniagaannya.

Pengalaman Pengguna

95%

Promosi

80%

Profit Keuntungan

75%

Khidmat Pelanggan

85%

Peneraju Utama

Inilah sebahagian daripada penggerak utama syarikat Teliport Mobile yang komited dan sentiasa bersemangat di dalam meningkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya.

Mereka sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan rangkaiannya di samping menyediakan platform untuk para pelanggannya menjalankan perniagaan yang berasaskan internet; yang kini dilihat semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Sairo Wani

Pengasas, Pengurus Besar

"The best preparation for tomorrow is doing your best today."

Is Sauki

Pengasas Bersama, Pengurus

"Your big opportunity may be right where you are now."

Amideo

Rakan Niaga
Eksekutif

"If you're not taking care of your customer, your competitors will."

Shahrul

Rakan Niaga
Eksekutif

"A champion is someone who gets up when he can't."

Musyrif A. Manaf

Pengurus Sumber Manusia

"To the mind that is still, the whole universe surrenders."

Mohd Fathi

Pengurus Sokongan Pelanggan

"The key to success is to start before you're ready."

Tutorial

Berikut kami sediakan tutorial bergambar sebagai panduan untuk para pelanggan kami. Anda juga boleh memuat-turun maklumat yang disediakan dan mencetak/ulang-cetak dengan paparan resolusi tinggi sebagai alat-bantu-pemasaran.

Segala maklumat dan informasi yang terdapat di bahagian Tutorial ini adalah bersifat sementara. Pihak syarikat berhak untuk mengubah dan mengemaskini sebarang maklumat atau informasi (yang dirasakan perlu) yang terdapat di laman ini tanpa sebarang notis. Oleh itu, kami amat menggalakkan para pelanggan kami agar mengunjungi laman sesawang kami dari masa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Sila berhubung terus dengan Pagawai Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Senarai Nombor Pelayan

(SERVER)

Senarai No. Akaun

Bank Syarikat & Format Transaksi

Kod Produk &
Format Tambah Nilai

Peringkat Jualan &

Profit Keuntungan

Pendaftaran &
Pengaktifan Ahli

Soalan Lazim/
FAQ

PENAFIAN!

Terma & Syarat,
Dasar Hakcipta &
Privasi

168

WAKIL PEMASARAN

9

PERINGKAT JUALAN

18932

TRANSAKSI/HARI

24/7

KHIDMAT PELANGGAN

Pakej Pendaftaran

Berikut adalah senarai harga bagi sebahagian pakej yang ditawarkan kepada pelanggan kami. Sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Pakej Pendaftaran selain daripada yang dipaparkan di bawah ini.

Retail (TD)

RM150
  • CELCOM 4.40%
  • MAXIS 2.90%
  • DIGI 3.00%
  • OneXOX 4.00%
DAFTAR SEKARANG

Dealer (TE)

RM250
  • CELCOM 4.60%
  • MAXIS 3.10%
  • DIGI 3.20%
  • OneXOX 4.20%
DAFTAR SEKARANG

Gold Dealer (GD)

RM400
  • CELCOM 5.00%
  • MAXIS 3.50%
  • DIGI 3.60%
  • OneXOX 4.60%
DAFTAR SEKARANG

Testimoni

Apa kata mereka tentang kami?

Kami yakin bahawa setiap pelanggan kami berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari kami. Oleh itu, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami agar semua pelanggan kami berpuas hati. Berikut ini disertakan beberapa testimoni pelanggan yang berpengalaman di dalam menggunakan khidmat kami.

Nurul Hidayah binti Omar

Sistem yang bagus, sekali-sekala ada masalah tu biasa. Sangat best berurusan dengan sistem topup Teliport Mobile ni. Teliport is owsem 😀!!!

Nor Suhada

Alhamdulillah, setakat saya buat bisnes topup ni tak pernah lagi mengecewakan saya. Malah boleh beri saya keuntungan yang banyak. MASYUUKKK!!! Inilah bisnes pertama yang pernah saya join. Buat bisnes ni betul-betul. Mula-Mula memang kena banyak usaha sebab kena promosi. Tapi, lama-lama orang akan cari kita nak buat bisnes ni pulak. Lama-lama, bisnes ni akan membuatkan anda bahagia, tak perlu cari kerja nak tampung diri, sebab untung terlalu banyak. Waktu tu anda akan ada masa yang banyak dan duit yang banyak. Buatlah perkara yang akan mendatangkan manfaat kepada anda dan orang lain. Jangan lupa share Teliport Mobile ni dengan kawan-kawan tau!!! &#128521&#128521

Mansor bin Abdul Rani

Pihak Pengurusan Teliport Mobile telah memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berwibawa dalam segala permasalahan yang dihadapi oleh ejen-ejen. Segala maklumat yang berkaitan disampaikan dengan cepat dan mudah difahami.

Noor Ain

First saya nak ucapkan terima kasih kat upline saya yang dah bermurah hati perkenalkan saya dengan bisnes topup Teliport Mobile. Memang tak sia-sia saya join bisnes topup ni. Bayar sekali je, memang untung berkali-kali ganda. Duit syiling bertimbun boleh simpan. Bayar bil pun boleh. Memang tak rugi lah, sebab setiap kali topup, dapat untung pulak. Dah la beli dengan harga murah! Admin pun bermurah hati, selalu share tips-tips bisnes topup. Taknak bisnes lain dah... Cukup bisnes ni je... Teliport Mobile the best!!! &#128521&#128516

Pengumuman Penting

Para pelanggan yang dihormati,

Sejak dari awal penubuhan Teliport Mobile, pihak pengurusan operasi kami telah menanggung terlalu banyak kos pengendalian mesej pesanan ringkas (SMS) yang digunakan untuk membalas arahan daripada para ejen kami bagi setiap transaksi yang dijalankan. Sehingga hari ini, kos pengendalian SMS tersebut semakin meningkat, bergantung kepada jumlah transaksi melalui SMS yang juga semakin meningkat jumlahnya. Ditambah pula dengan kadar yang dikenakan oleh pihak penyedia rangkaian telekomunikasi yang tidak menentu, menyebabkan kami terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Justeru, pihak Penyelidikan & Pembangunan (R&D) kami akhirnya menyediakan platform transaksi percuma melalui aplikasi 'Telegram' yang boleh didapati di dalam 'Play Store' bagi peranti pintar yang menggunakan sistem pengoperasian 'Android', dan 'App Store' bagi peranti pintar yang menggunakan sistem pengoperasian 'iOS'. Sementara itu, para ejen kami yang memiliki akaun 'Gmail' pula berpeluang untuk menggunakan aplikasi 'Hangouts' yang juga boleh didapati secara percuma di dalam 'Play Store'. Dan, semua transaksi yang dijalankan dengan menggunakan platform tersebut adalah PERCUMA!

Namun begitu, tidak ramai daripada ejen kami yang menggunakan aplikasi tersebut kerana mungkin tidak diberi pendedahan tentang kewujudannya, atau kurangnya promosi yang dilakukan oleh pihak kami.

Oleh yang demikian, kami terpaksa mengambil langkah untuk mengenakan caj bagi semua transaksi yang dijalankan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sebanyak RM0.05 per transaksi bagi menampung kos pengendalian SMS yang semakin bertambah yang terpaksa ditanggung oleh pihak syarikat. Dan kadar sebanyak itu akan ditolak daripada akaun ejen-ejen berdaftar kami yang menjalankan transaksi menggunakan SMS sahaja. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada ejen yang menggunakan aplikasi 'Telegram' atau 'Hangouts'.

Caj tersebut akan berkuatkuasa serta merta pada 18hb SEPTEMBER 2017 (ISNIN). Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi, kami memberi saranan kepada para ejen kami yang masih lagi belum mengaktifkan akaun 'Telegram' atau 'Hangouts', sila berbuat demikian sebelum daripada tarikh yang dinyatakan di atas.

Kami berharap, notis/pengumuman ini dapat disebarkan kepada seluruh rangkaian ejen Teliport Mobile agar dapat membantu pihak kami untuk meneruskan legasi ini.

Sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1439

Kami di Teliport Mobile ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1439.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat membuka lebih banyak peluang kejayaan untuk para ejen kami. 😊😊😊

Hubungi Kami

Kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami. Namun pun begitu, ia bukanlah suatu perkara yang mudah jika tiada hubungan dua-hala di antara kami dan pelanggan. Oleh itu, sila maklumkan kepada kami sebarang kritik ataupun saranan agar kami dapat membantu anda untuk selalu .

Segala saranan dan maklumbalas anda adalah sesuatu yang amat bernilai untuk kami. Ia merupakan pemangkin semangat kami untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan. Salurkannya terus kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami.